Allah taala mengurniakan beberapa kelebihan bagi mereka yang mengamalkan ukhwah Islamiah dengan ikhlas antaranya ialah :
• Wajah bersinar
"Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan Syuhada', tetapi para Nabi dan Syuhada' mengingini keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya di sisi Allah. Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka? " Rasulullah S.A.W menjawab : " Mereka adalah satu kaum yang cinta-mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan dengan sanak kerabat di antara mereka serta tanpa hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita ketika orang lain berduka cita ".
( Riwayat Abu Dawud )
• Dosa diampunkan
“Sesunguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon kering ketika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa merekka berdua, meski sebanyak buih di laut”.
(Riwayat Thabrani)
• Berada di bawah naungan arasy
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“sesunguhnya Allah SWT pada hari Kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencinntai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku”.
(Riwayat Muslim)
• Berada di bawah naungan Mahabbah Ilahi
“Bahawa apabila seseorang mengunjungi saudaranya di desa yang lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutnya. Ketika Malaikat bertanya: “Kau hendak ke mana?” Ia menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat terus bertanya:”Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepadanya?” Dia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT’. Malaikat berkata: “Sesunguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahawa allah mencintai orang tersebut kerana-Nya”.
(Riwayat Muslim)
• Mendapat syurga dan keredhaanNya
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa menjenguk orang sakit atai mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipangil oleh Allah: “Berbahagialah langkahmu, dan engkau telah menyediakan tempat tinggalmu di syurga”.
(Riwayat Tirmidzi)
• Merasai manisnya iman
Rasulullah SAW bersabda:
“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api”.
(Riwayat Bukhari-Muslim)
Sungguh besar nikmat Allah ke atas orang2 yang berukhwah atas nama Islam
Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang dijanjikan
kelebihan2 itu oleh Allah S.W.T
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment