Friday, December 31, 2010

Gen7 Mendaftar


Tanggal 8 disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 Hijrah menjadi tarikh keramat buat warga baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus utama Gombak. Penat lelah dan suka duka kehidupan di Pusat Asasi UIAM di Nilai dan Petaling Jaya bermula dari tahun 2009, akhirnya hanya tinggal kenangan yang pasti tidakkan dapat diulang kembali. Kata Imam Ghazali, sejauh-jauh benda di dunia ini ialah masa lampau. Kita pasti tidak akan dapat kembali ke masa lampau. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaiknya agar tidakkan sesal di kemudian hari dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.


Melangkah masuk ke alam universiti bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi sudah pasti dengan tujuan dan cita-cita yang satu demi menggapai segulung ijazah di samping melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Bertemu dengan dunia baru yang lebih luas dari kampus asasi sudah pasti menyebabkan kami terharu.


Sesi pagi satu Muharram itu, kami mula mendaftar di mahallah masing-masing. Kemudian di sebelah petangnya kami diberikan oleh jawatankuasa committee, taaruf kits masing-masing dan diteruskan dengan sesi penggambaran untuk smart card yang akan digunakan sepanjang kehidupan kami di sini.

Let’s lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of islam

Revelation and reason
We shall excell, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We’re the khalifah
We’ll fulfill the amanah

Together
We make the world a better place
Forever
Expand the culture of iqra
IIUM
Is to realise the meaning of
Rahmatan lil-alamiin

Together
We make the world a better place
Forever
Expand the culture of iqra
IIUM
Is to realise the meaning of
Mercy to all the worlds
For all mankind

Dan seperti biasa minggu taaruf memang cukup sinonim dengan ceramah, pemberitahuan dan slot-slot nyanyian dan bai’ah. Lebih kurang 12 sesi ceramah yang perlu dihadiri kami sepanjang minggu taaruf yang bermula pada hari rabu dan berakhir pada hari jumaatnya.


 Tilawah Placement Test (TPT) dan Fundamental Knowledge Test (FKT) melengkapkan lagi perjalanan aktiviti-aktiviti minggu taaruf kami. Alhamdulillah, berkat ketabahan dan kecekalan yang tinggi, akhirnya kami berjaya mengharungi detik-detik permulaan yang boleh dikatakan cukup mencabar dalam helaian pertama kamus hidup kami di UIAM Gombak ini.


Petang Jumaat, 10 disember secara rasminya kami bergelar mahasiswa uiam setelah selesai mengangkat baiah dihadapan 15 ahli senat universiti islam antarabangsa malaysia. Maka dengan itu selesai sudah minggu taaruf kami yang berjalan selama tiga hari tiga malam dan selepas ini moga-moga harapan ibubapa, keluarga, agama dan negara yang terletak di pundak bahu kami dapat kami laksanakan dengan penuh dedikasi dan tekun.


Terima kasih diucapakan kepada abang-abang dan kakak-kakak committee yang mungkin terbaca post ini, yang sudi bersama-sama kami sepanjang minggu taaruf. Hanya allah yang mampu membalas jasa kalian, moga allah bersama anda sepanjang waktu dan graduate dengan cemerlang. Sekian sahaja untuk kiriman kali ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment