Friday, December 31, 2010

Database Update

Assalamualaikum

Dibawah ini dilampirkan senarai nama-nama yang telah pon memberikan 
database dirinya kepada saudara Muhammad Asyraff Muhammad Ariff
dan kepada ahli Gen7 yang namanya masih tidak tersenarai dibawah 
mohon kerjasama anda untuk terus memberikan details anda di no 013-2818195
Anda hanya perlu menghantarkan

Nama penuh anda
No matrik sekarang
No telefon untuk dihubungi
E-mail anda yang aktif


tiada apa yg perlu anda takuti
privasi anda inshaallah dijamin selamat
akhir kalam, hidup untuk berjasa 

Wallahua'lam
-admin-

Apa Gen 7?

Assalamualaikum
Salam satu ummah


Indah berbalam si awan petang, 
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Selamat datang ke laman web rasmi warga 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia, Gombak.
Para pembaca sekalian, pasti sekali anda tertanya-tanya, apakah Gen7 ini?
Apakah kereta keluaran baru oleh Proton sepertimana Gen 2.

Jadi, buat pembuka kata, kata orang kalau tak kenal, maka taaruf. Jadi disini serba sedikit mengenai Generasi 7 (GEN7). Gen7 ini berpaksikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) UIAM Gombak, dimana kesemua ahli dalam organisasi ini datangnya dari pelajar-pelajar yang telah mendaftar masuk pada sesi 2009/2010 di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dan Nilai ataupun yang telah mendaftar masuk pada sesi 2010/2011 dan 2011/2012 di kampus utama 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Gombak.

Pusat Asasi UIAM Nilai

Gen7 merupakan sebuah organisasi yang boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga, Di dalam sesebuah keluarga terdapat ketua yang memimpin, mendidik dan membimbing. Di samping itu, Gen7 juga menyediakan batu asas kepada ahli-ahlinya untuk menjadi pemimpin. 
Gen7 umpama satu landasan untuk ahli-ahlinya berkongsi masalah 
dan pendapat bersama ahli-ahli yang lain,
 ini kerana lumrah kekeluargaan yang tidak dapat lari masalah yang berkunjung tiba.

Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya

Kerana inilah gagasan Gen7 diwujudkan bagi memupuk nilai-nilai Islam untuk membina Muslim yang berkualiti, berketrampilan, dan berjati diri. Antara objektif Gen7 ialah untuk memupuk semangat perpaduan antara muslim, membentuk peribadi muslim yang unggul, melatih ahli agar lebih berketrampilan dan berkeupayaan untuk kehadapan, mencorak bakal pemimpin yang berkaliber dan melahirkan peribadi muslim yang mendokong Islam dan menjadi contoh ikutan dimata masyarakat. Sekian sahaja

HBB


Wallahua'lam

Lagi TAWE-Dec'10







Asif jiddan kalau ada sesiapa yang tidak termasuk dalam kalangan gambar2 diatas
memandangkan pihak admin tidak mempunyai kamera
gambar diatas diperoleh dari cakera padat yang dibeli 
daripada ajk comittee Taaruf Week December 10'

Wallahua'lam

Gen7 Mendaftar


Tanggal 8 disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 Hijrah menjadi tarikh keramat buat warga baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus utama Gombak. Penat lelah dan suka duka kehidupan di Pusat Asasi UIAM di Nilai dan Petaling Jaya bermula dari tahun 2009, akhirnya hanya tinggal kenangan yang pasti tidakkan dapat diulang kembali. Kata Imam Ghazali, sejauh-jauh benda di dunia ini ialah masa lampau. Kita pasti tidak akan dapat kembali ke masa lampau. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaiknya agar tidakkan sesal di kemudian hari dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.


Melangkah masuk ke alam universiti bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi sudah pasti dengan tujuan dan cita-cita yang satu demi menggapai segulung ijazah di samping melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Bertemu dengan dunia baru yang lebih luas dari kampus asasi sudah pasti menyebabkan kami terharu.


Sesi pagi satu Muharram itu, kami mula mendaftar di mahallah masing-masing. Kemudian di sebelah petangnya kami diberikan oleh jawatankuasa committee, taaruf kits masing-masing dan diteruskan dengan sesi penggambaran untuk smart card yang akan digunakan sepanjang kehidupan kami di sini.

Let’s lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of islam

Revelation and reason
We shall excell, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We’re the khalifah
We’ll fulfill the amanah

Together
We make the world a better place
Forever
Expand the culture of iqra
IIUM
Is to realise the meaning of
Rahmatan lil-alamiin

Together
We make the world a better place
Forever
Expand the culture of iqra
IIUM
Is to realise the meaning of
Mercy to all the worlds
For all mankind

Dan seperti biasa minggu taaruf memang cukup sinonim dengan ceramah, pemberitahuan dan slot-slot nyanyian dan bai’ah. Lebih kurang 12 sesi ceramah yang perlu dihadiri kami sepanjang minggu taaruf yang bermula pada hari rabu dan berakhir pada hari jumaatnya.


 Tilawah Placement Test (TPT) dan Fundamental Knowledge Test (FKT) melengkapkan lagi perjalanan aktiviti-aktiviti minggu taaruf kami. Alhamdulillah, berkat ketabahan dan kecekalan yang tinggi, akhirnya kami berjaya mengharungi detik-detik permulaan yang boleh dikatakan cukup mencabar dalam helaian pertama kamus hidup kami di UIAM Gombak ini.


Petang Jumaat, 10 disember secara rasminya kami bergelar mahasiswa uiam setelah selesai mengangkat baiah dihadapan 15 ahli senat universiti islam antarabangsa malaysia. Maka dengan itu selesai sudah minggu taaruf kami yang berjalan selama tiga hari tiga malam dan selepas ini moga-moga harapan ibubapa, keluarga, agama dan negara yang terletak di pundak bahu kami dapat kami laksanakan dengan penuh dedikasi dan tekun.


Terima kasih diucapakan kepada abang-abang dan kakak-kakak committee yang mungkin terbaca post ini, yang sudi bersama-sama kami sepanjang minggu taaruf. Hanya allah yang mampu membalas jasa kalian, moga allah bersama anda sepanjang waktu dan graduate dengan cemerlang. Sekian sahaja untuk kiriman kali ini. Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Kelebihan ukhwah

Allah taala mengurniakan beberapa kelebihan bagi mereka yang mengamalkan ukhwah Islamiah dengan ikhlas antaranya ialah :

• Wajah bersinar
"Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan Syuhada', tetapi para Nabi dan Syuhada' mengingini keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya di sisi Allah. Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka? " Rasulullah S.A.W menjawab : " Mereka adalah satu kaum yang cinta-mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan dengan sanak kerabat di antara mereka serta tanpa hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita ketika orang lain berduka cita ". 

( Riwayat Abu Dawud )

• Dosa diampunkan
“Sesunguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon kering ketika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa merekka berdua, meski sebanyak buih di laut”.

(Riwayat Thabrani)

• Berada di bawah naungan arasy

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“sesunguhnya Allah SWT pada hari Kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencinntai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku”.

(Riwayat Muslim)

• Berada di bawah naungan Mahabbah Ilahi

“Bahawa apabila seseorang mengunjungi saudaranya di desa yang lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutnya. Ketika Malaikat bertanya: “Kau hendak ke mana?” Ia menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat terus bertanya:”Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepadanya?” Dia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT’. Malaikat berkata: “Sesunguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahawa allah mencintai orang tersebut kerana-Nya”.
(Riwayat Muslim)

• Mendapat syurga dan keredhaanNya
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa menjenguk orang sakit atai mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipangil oleh Allah: “Berbahagialah langkahmu, dan engkau telah menyediakan tempat tinggalmu di syurga”.

(Riwayat Tirmidzi)

• Merasai manisnya iman
Rasulullah SAW bersabda:
“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api”.

(Riwayat Bukhari-Muslim)

Sungguh besar nikmat Allah ke atas orang2 yang berukhwah atas nama Islam
Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang dijanjikan 
kelebihan2 itu oleh Allah S.W.T

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Wallahua'alam

Ciri-ciri Ukhwah

Islam telah menerapkan beberapa prinsip sosial untuk menjamin ukhwah yang sejahtera seperti yang dianjurkan oleh Al-Quran. Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira:

• Konsep Khalifah
Manusia diangkat oleh Allah Taala sebagai Khalifah di muka bumi ini. Mereka adalah pemimpin dan wakil Allah untuk memakmurkan alam. Manusia bukanlah penakluk yang berkuasa terhadap seluruh alam atau pimpinannya, tetapi sebagai khalifah untuk memimpin manusia pada jalan yang benar.
Jadi hormatilah pemimpin anda terutamanya pengawas.. hehe

• Mengakui dan menghormati perbezaan
Umat Islam hendaklah cuba berusaha untuk mencari titik persamaan antara sesama manusia. Sesuatu yang perlu diakui ialah Allah telah menjadikan manusia ini pelbagai, malah dengan anugerah akal dan nafsu kepelbagaian ini adalah jelas. Sekiranya tiada titik persamaan, hendaklah saling hormat-menghormati sesama manusia, walaupun berbeza akidah.

Firman Allah Taala :
" Bagimu agamamu dan bagiku agamaku ".( Al-Kafirun : 6 )

Sebenarnya banyak perselisihan faham berlaku gara-gara perkara yang saya kira hanyalah kecil malah mungkin cumalah sebesar zarah. Namun apabila nafsu marah dibangkitkan oleh syaitan macam2 boleh terjadi. Oleh itu sama2 lah kita mengamalkan cara ini untuk mengawal kemarahan.

“Apabila kamu marah dalam keadaan duduk, maka berdirilah. Apabila kamu marah dalam keadaan berdiri maka duduklah. Apabila masih lagi tidak dapat mengawal kemarahan mu pergilah kamu berwuduk lantas laksanakanlah solat dua rakaat. Sungguh itu yang lebih baik buat mu dan sekalian ummat”

So, ana harap segala pertelingkahan ataupon segala masalah yang berlaku
dalam hidup sesama kita ummat Nabi Muhammad
akhirnya selesai dengan aman
ingat ayat ini

"pastikan sesama kita masalah yang berlaku hendaklah dari konflik ke satu solusi strategik"


• Menghindari sifat mazmumah yang merosakkan persaudaraan
Prinsip ukhwah atau persaudaraan ialah mencari persamaan yang akan mengikat kasih sayang dan mendorong kepada kekuatan di kalangan segolongan manusia. Bagi tujuan ini hendaklah menghindari secara langsung segala sifat terutama yang bersifat batiniah seperti berpura-sangka, cemburu, iri hati, dan hasad dengki.

Macam kadang2 yang pernah kita tercetus dalah hati kitalah, contohnya ketika cikgu bercakap dekat depan pasal jangan buang sampah merata2.
Dalam hati “ala cikgu neh, bende same je yg die cakap, takde mende laen ke!”

 Seperti Firman Allah Taala :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kaum (pria) yakni lelaki, memperolokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka ( yang diolok-olokkan ) itu lebih baik daripada mereka ( yang memperolokkan ); dan jangan pula wanita-wanita ( mengolokkan ) wanita yang lain, kerana boleh jadi wanita-wanita yang diperolokkan lebih baik dan mereka ( yang memperolokkan ), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Sejelek panggilan adalah ( sebutan ) yang buruk sesudah iman. Barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim:. ( Al-Hujurat : 69 )

Oleh itu pesan ana, jgalah hati masing2, ana tahu kadang2 nafsu sukar dikawal,
Namun ingatlah kata2 ana ini
“Selain Allah, Siapalagi yang nak membela agama Islam kalau bukan kita, dan siapa lagi yang nak membela kita kalau bukan sesama sahabat!!, Bersatulah ikhwanku!!” 

Wallahua'lam

Makna sebenar ukhwah

Makna sebenar ukhwah


Ukhwah atau persaudaraan merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah.

 Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi 
untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi,
setia kawan, dan sikap-sikap mulia yang lain.
Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.

Persaudaraan atau ukhwah berasaskan kepada faktor persamaan seperti persamaan keturunan, kekeluargaan, bangsa, masyarakat dan sebagainya. Hari ini muncul pelbagai pertubuhan atau organisasi yang mengikat sekelompok manusia berasaskan kepada persamaan seperti persamaan keturunan, hobi, latar belakang professional, ideologi,
agama, organisasi tempat bekerja dan sebagainya.

Persaudaraan tanpa iman dan takwa tidak akan dapat bertahan dengan baik. Ini disebabkan persaudaraan tanpa iman dan takwa akan dihancurkan oleh kepentingan peribadi atau kepentingan kelompok tertentu, pra-sangka isi hati, hasad dengki dan sebagainya.

Asas ukhwah dalam Islam ialah akidah Islamiyah. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu untuk menyatukan jiwa-jiwa manusia. Dengan memahami dan menghayati akidah Islamiyah, umat Islam akan menjadi umat yang bersatu dan cemerlang.

Seperti firman Allah Taala :
" Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah ( menjaga dan memberi perlindungan ) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongannya dan dengan ( sokongan ) orang-orang yang beriman Dan Dialah yang menyatupadukan di antara hati mereka ( yang beriman itu ). Kalaulah engkau belanjakan segala ( harta ) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara ( hati ) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana '. 

( Al-Anfal : 62 )

Rasulullah S.A.W bersabda :
" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya 
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ". 

( Riwayat : Bukhari & Muslim )

Firman Allah Taala :
"Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan ". 

( Al-Maidah : 3 )


Wallahua'alam