Islam telah menerapkan beberapa prinsip sosial untuk menjamin ukhwah yang sejahtera seperti yang dianjurkan oleh Al-Quran. Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira:
• Konsep Khalifah
Manusia diangkat oleh Allah Taala sebagai Khalifah di muka bumi ini. Mereka adalah pemimpin dan wakil Allah untuk memakmurkan alam. Manusia bukanlah penakluk yang berkuasa terhadap seluruh alam atau pimpinannya, tetapi sebagai khalifah untuk memimpin manusia pada jalan yang benar.
Jadi hormatilah pemimpin anda terutamanya pengawas.. hehe
• Mengakui dan menghormati perbezaan
Umat Islam hendaklah cuba berusaha untuk mencari titik persamaan antara sesama manusia. Sesuatu yang perlu diakui ialah Allah telah menjadikan manusia ini pelbagai, malah dengan anugerah akal dan nafsu kepelbagaian ini adalah jelas. Sekiranya tiada titik persamaan, hendaklah saling hormat-menghormati sesama manusia, walaupun berbeza akidah.
Firman Allah Taala :
" Bagimu agamamu dan bagiku agamaku ".( Al-Kafirun : 6 )
Sebenarnya banyak perselisihan faham berlaku gara-gara perkara yang saya kira hanyalah kecil malah mungkin cumalah sebesar zarah. Namun apabila nafsu marah dibangkitkan oleh syaitan macam2 boleh terjadi. Oleh itu sama2 lah kita mengamalkan cara ini untuk mengawal kemarahan.
“Apabila kamu marah dalam keadaan duduk, maka berdirilah. Apabila kamu marah dalam keadaan berdiri maka duduklah. Apabila masih lagi tidak dapat mengawal kemarahan mu pergilah kamu berwuduk lantas laksanakanlah solat dua rakaat. Sungguh itu yang lebih baik buat mu dan sekalian ummat”
So, ana harap segala pertelingkahan ataupon segala masalah yang berlaku
dalam hidup sesama kita ummat Nabi Muhammad
akhirnya selesai dengan aman
ingat ayat ini
"pastikan sesama kita masalah yang berlaku hendaklah dari konflik ke satu solusi strategik"
• Menghindari sifat mazmumah yang merosakkan persaudaraan
Prinsip ukhwah atau persaudaraan ialah mencari persamaan yang akan mengikat kasih sayang dan mendorong kepada kekuatan di kalangan segolongan manusia. Bagi tujuan ini hendaklah menghindari secara langsung segala sifat terutama yang bersifat batiniah seperti berpura-sangka, cemburu, iri hati, dan hasad dengki.
Macam kadang2 yang pernah kita tercetus dalah hati kitalah, contohnya ketika cikgu bercakap dekat depan pasal jangan buang sampah merata2.
Dalam hati “ala cikgu neh, bende same je yg die cakap, takde mende laen ke!”
Seperti Firman Allah Taala :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kaum (pria) yakni lelaki, memperolokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka ( yang diolok-olokkan ) itu lebih baik daripada mereka ( yang memperolokkan ); dan jangan pula wanita-wanita ( mengolokkan ) wanita yang lain, kerana boleh jadi wanita-wanita yang diperolokkan lebih baik dan mereka ( yang memperolokkan ), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Sejelek panggilan adalah ( sebutan ) yang buruk sesudah iman. Barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim:. ( Al-Hujurat : 69 )
Oleh itu pesan ana, jgalah hati masing2, ana tahu kadang2 nafsu sukar dikawal,
Namun ingatlah kata2 ana ini
“Selain Allah, Siapalagi yang nak membela agama Islam kalau bukan kita, dan siapa lagi yang nak membela kita kalau bukan sesama sahabat!!, Bersatulah ikhwanku!!”
Wallahua'lam