Monday, September 5, 2011

Ahlan Wasahlan

Taman Ilmu dan Budi
Assalamu'alaikum.


Apa khabar sahabat-sahabat? Semoga kalian sihat di samping keluarga tercinta ye :) 


Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi membenarkan kita menghirup oksigenNya. Bagaimana jika nikmat itu ditarik sebentar untuk tempoh masa tertentu? Mampukan kita bertahan? Mampukah lagi kita merasai nikmatNya yg lain? Lihat, betapa lemahnya kita ini, betapa hinanya kita ini. Hidup hanya meminjam dariNya, hidup kita bergantung hanya padaNya. Wajarkah kita melupakanNya? Sedangkan dia sentiasa bersama hamba-hambaNya setiap masa. Allahu Allah. Tidak lupa juga nikmat Islam dan Iman yg masih ada sekarang. Bersyukurlah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhadmulillah. Terima kasih Ya Allah.


Bukan itu sahaja, ingin juga ditekankan di sini perihal peluang kita dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang ada di negara kita. Sekali lagi harus kita bersyukur, kerana di luar sana masih lagi ada segelintir, mungkin juga lebih ramai yg tidak menemui peluang sebegitu. Barangkali dek masalah kewangan, keluarga, situasi semasa dan pelbagai lagi ujian yg melanda. Justeru, ayuh gunakan nikmat rezeki belajar itu sehabis baik! 


Ayuh, luruskan kembali niat kita menjejakkan kaki di menara gading. 
Adakah untuk wang? Sedangkan manusia itu tamak, jika ada sedikit pasti mahu, mahu dan mahu lebih lagi. Sehinggakan diberikan seisi dunia ini pun, belum tentu cukup untuknya.
Adakah untuk segulung ijazah? Ramai yg gembira menerima segulung ijazah, sedangkan itulah tandanya amanah ilmu yg diberikan harus diamalkan dan disampaikan kepada yg lain.
Adakah untuk mendapat kerja yg bagus kelak? Adakah untuk menggembirakan hati ibu bapa kita?


The only niyyah that you have to have is "I'm here for the sake of Allah!" 
Maka kebaikan yg lain akan dtg selepasnya, yg perlu kita lakukan hanyalah berusaha bersungguh-sungguh serta merancang yg terbaik. Selepas itu, tawakallah yg terbaik. Kerna hasilnya kelak ada di tanganNya. Persiapkan diri untuk menerima segala ketentuanNya.
InsyaAllah.


Akhirul kalam, selamat datang diucapkan kepada sahabat-sahabat gen7 yg akan memasuki  Kampus Utama UIAM sama ada di Gombak mahupun di Kuantan. Bagi yg akan meneruskan semester yg baru, sama-sama kita membantu bagi yg memerlukan. Semoga kehadiran kalian akan mengimarahkan lagi kerja-kerja dakwah di kampus. InsyaAllah, itulah harapan kita semua. Semoga tautan ukhwah semakin utuh walaupun berjauhan.




Ps: Kalau terserempak di mana-mana, berilah salam. Semoga Allah menyayangi kita selagi mana kita menyebarkan salam sesama kita. :)


Ukhwah fillah abadan abadaa~ 


Wallahu'alam

1 comment:

  1. Allahu Allah.
    terasa diri ini trlalu alpa.
    alpa dgn ap y diberiknNya
    alpa dgn ap y diamanahknNya.
    alpa dgn ap y dijanjikanNya.
    Syukran.

    :guna gmail ayah-adibahtarmizi =)

    ReplyDelete