Doa Rabithah
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
*******
Sumber : alwancomic |
Bismillah.
Apa khabar sahabt-sahabt sekalian? Harapannya sihat-sihat belaka tidak kira yang berada di rumah mahupun yang sedang berada di kampus. Bagi yang sedang mengambil semester pendek, bagaimana peperiksaan pertengahan semester? Baik-baik sahaja ya, insyaAllah moga dipermudahkanNya. Tidak lupa usaha yang sentiasa berterusan. ok!
Sahabat dan sahabiah,
Suka ingin saya menyatakan hasrat sahabat kepada sahabat.
"Sudikah memperbaharui persahabatan kita?"
Hm, pasti ada yang terfikir - untuk apa lagi diperbaharui? bukankah kita sudah pun bersahabat?
Ya, betul tu. Mungkin kita sudah pun bersahabat sesama kita sebelum ini. Tetapi, atas dasar apakah sebenarnya persahabatan kita itu? Adakah atas dasar material, persatuan, kerana sama sekolah ataupun sebilik?
Atas dasar apa sebenarnya?? Fikirkan kembali...
Mulai detik ini, saya seru sahabat dan sahabiah. Kita perbaharui persahabatan kita atas dasar kerana keimanan kepada Allah swt. Demi mencapai redha Ilahi. Bukankah ianya indah??Bukankah itu yang seharusnya menjadi impian setiap dari diri kita? Tidak mahukah kita tergolong daripada golongan yang menerima naungan arasy-Nya di mahsyar kelak? (orang yang berkasih sayang kerana Nya).
Usir sejauh-jauhnya niat yang berasaskan dunia dalam persahabatan kita ini. Usah dikeruhkan lagi dengan anasir-anasir yang penuh dengki, hasad, kejahatan serta prasangka.
Ayuh! Ingin sekali saya melihat kita bersama-sama dalam perjuangan ini. Sentiasa bersama walaupun bertemu dengan suka, duka, pahit, masalah dan pelbagai lagi ujian dariNya.
Tika ada yang sakit, sakit itu kita rasai bersama.
Tika ada yang bersedih, sedihnya kita hadapi bersama.
Tika ada yang mengalami masalah, kita turut membantu dalam mencari jalan penyelesaian.
Tika ada yang terlupa, kita mengingatkannya.
Saling mengingati, saling menasihati dan juga saling memperlengkapi.
Sebagaimana Rasulullah saw dan para sahabat. Persahabatan ini biarlah kekal hingga ke JannahNya.
Doanya agar Allah menetapkan hati-hati kita agar istiqomah pada jalan dakwah hingga ke hujung hayat. Kita tidak mampu melakukannya seorang, oleh itu kita memerlukan sahabat-sahabat seperjuangan agar kita terus kuat dan bisa melangkah dengan lebih yakin!
~Salam kasih mesra abadi~
subhanallah,indahnya ukhuwwah kerana Allah!
ReplyDelete