Mahasiswa sebenarnya adalah golongan terpilih untuk memenuhi dunia IPT bagi mendalami bidang keilmuan secara formal. Secara automatik golongan inilah disandarkan harapan oleh masyarakat
untuk memimpin dan membimbing mereka. Sedar atau tidak, setiap mahasiswa wajib memikul amanah ini, sekurang-kurangnya dengan menjadikan kampus sebagai tempat persediaan ke arah mempersiapkan diri untuk terjun dalam masyarakat setamatnya pengajian di IPT.

Mahasiswa seharusnya menggunakan peluang yang terhidang untuk mempersiapkan diri sepenuhnya
untuk menjadi seorang yang berguna yang mana dapat kita berikan untuk manfaat masyarakat.
Rasulullah s.a.w ada bersabda : "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum
tua, masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin dan masa lapang
sebelum sibuk".

Sesungguhnya usia mahasiswa di IPT adalah masa dan tempat yang terbaik untuk menjana minda,
merevolusikan dan mencetuskan wadah pemikiran, melatih kepimpinan, mencerna pengalaman dan
banyak lagi terutamanya untuk menyahut seruan alaf baru yang pastinyamenjanjikan suatu corak
kehidupan yang sukar diramalkan. Tahukah anda wahai mahasiswa, bahawasanya anda semua adalah
bakal pemimpin pada masa hadapan. Janganlah hendaknya apabila sudah berada dalam lapangan
masyarakat, barulah insaf dan sedar akan kesilapan tidak menggunakan opportuniti yang melambak di
IPT

Marilah kita kembali memuhasabahkan diri akan matlamat kita berada dalam golongan yang dilabelkan
sebagai mahasiswa ini. Apa sekalipun matlamat utama yang perlu ada dan disedari oleh kita ialah untuk
mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Ini haruslah menjadi sandaran utama bagi kita untuk terus
menerokai alam kemahasiswaan seterusnya. Sesungguhnya hubungan kita dengan pencipta _Allah
adalah paksi utama dalam persediaan membina kekuatan buat menempuh cabaran seterusnya.

IPT bukanlah tempat untuk menimba ilmu secara formal semata-mata, sebagai contoh pelajar BBA, BIT
atau BIS hanya mempelajari bidang berkaitan dengan kursusnya sahaja. Benarlah itu matlamat kita,
mendapatkan sekeping diploma atau ijazah.

Namun amatlah rugi seandanya apabila tamatnya pengajian, hanya sekeping pengiktirafan yang dicapai
sedangkan masih terlalu luas peluang di IPT yang tidak diterokai sebagai persediaan untuk berdepan
dengan masyarakat, memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sebagai pelapis kepada pemimpin masyarakat, maahsiswa perlu menghayati budaya membaca.
Didapati majoriti mahasiswa sememangnya menghayati budaya membaca tetapi malangnya mereka
membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, makalah hiburan, novel picisan dan
sebagainya yang tidak mempunyai nilai ilmiah bahkan adakalanya merosakkan pemikiran.
Sememangnya mahasiswa mambaca bahan akademik, contohnya bacaan berkaitan kursus yang
dipelajarinya. Tetapi biasanya ianya adalah pembacaan yang sekadar untuk menyiapkan tugasan atau
kerja-kerja akademik atau lebih tepat lagi untuk lulus peperiksaan. Amat kurang sekali mereka yang
membaca bahan akademik yang tiada dalam silibus pelajaran, apatah lagi yang tiada kaitan dengan
kursus yang diikutinya.

Tidak dinafikan bahawa kekuatan ilmiah yang menjana kekuatan mahasiswa untuk lebih bertenaga
dalam perjuangannya. Tanpa ilmu, agak sukar bagi kita untuk mendekati dan menyelami permasalahan,
apatah lagi untuk menyelesaikannya. Ilmu adalah bekalan utama untuk mahasiswa menjadi agen kepada
masyarakat. Ringkasnya ilmu adalah wasilah untuk berdampingan dengan sosial. Dengan ilmulah
seseorang itu dapat membezakan antara kebenaran dan kesesata. Dan adalah menjadi tanggungjawab
mahasiswa untuk menegakkan kebenaran dan membanteras kesesatan.

Masalah sosial yang melanda muda-mudi hari ini adalah suatu situasi yang seharusnya tidak dijebaki
oleh mahasiswa. Mahasiswa seharusnya berganding fikiran dan tenaga bersama masyarakat untuk
meredakan kebobrokan sosial ini seterusnya mengislahkannya ke arah melahirkan sosial yang
berakhlak. Dan adalah mata malang sama sekali andai tiada beza antara mahasiswa dan "sampah"
sosial.

Yang dimaksudkan IPT sebagai tempat untuk menjana minda dan merevolusikan pemikiran ialah
mahasiswa menjadikan IPT sebagai medan untuk mencari dan mempelajari sesuatu yang mana dapat
mengusulkan suatu anjakan paradigma. Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan input-input yang
positif dan berpaksikan kebenaran. Dengan pemikiran yang berasaskan kebenaran, Insya Allah akan
melahirkan peribadi serta identiti yang sukar diganggu-gugat. Andainya mahasiswa tidak dapat membina
suatu pendirian dan imej yang mapan, maka mudahlah mereka dikalahkan musuh seterusnya
menimbulkan ketidakyakinan masyarakat terhadapnya sekaligus tidak melayakkannya untuk memimpin

Ringkasnya kehidupan mahasiswa bolehlah diibaratkan bermula di IPT, sekaligus menyangkal slogan
yang biasa kita dengar "Life begin at fourty". Jadi bolehlah kita ubah slogan itu kepada "Life begin at IPT"
Moga-moga ini dapat menambahkan semangat mahasiswa untuk bersedia memulakan perjuangan
hidupnya. Insya Allah.

No comments:
Post a Comment