Tuesday, February 22, 2011

AMALAN SALAM


Dalam masyarakat sekarang amalan bersalaman antara seorang individu dengan individu yang lain sering berlaku sama ada dalam waktu-waktu biasa ataupun dalam upacara-upacara rasmi seperti perasmian, konvokesyen dan sebagainya



--------------------------------------------------------------------------------

HUKUM BERSALAMAN

1. Pendahuluan

Dalam masyarakat sekarang amalan bersalaman antara seorang individu dengan individu yang lain sering berlaku sama ada dalam waktu-waktu biasa ataupun dalam upacara-upacara rasmi seperti perasmian, konvokesyen dan sebagainya. Amalan ini bukan sahaja berlaku antara lelaki dengan lelaki atau antara wanita dengan dengan wanita tetapi ia juga berlaku di antara lelaki dan wanita sepertimana yang biasa kita lihat sekarang.

2. Hukum Bersalaman

Dalam Islam amalan bersalaman merupakan perkara yang dihukumkan sebagai amalan yang digalakkan pada setiap kali pertemuan atau perjumpaan yang berlaku di antara dua orang atau pun lebih. Sabda Rasulullah dalam hadis riwayat Abu Dawud daripada al-Barra` bin `Azib:



Bermaksud: Apabila dua orang muslim berjumpa(di antara satu sama lain) maka hendaklah ia bersalam-salaman, memuji Allah dan meminta keampunan-Nya nescaya Allah akan mengampunkan mereka.


Bersalaman adalah harus sekiranya ia berlaku di antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, Hukum bersalaman ini masih dihukumkan sebagai harus walaupun perbuatan tersebut antara seorang muslim dengan orang kafir. Namun begitu hukum harus ini akan berubah sekiranya amalan tersebut berlaku antara lelaki dan wanita.

3. Hukum Bersalaman Antara lelaki dan Wanita

Dalam masalah ini terdapat dua kecenderungan di kalangan para ulamak::
i. Ada pendapat yang mengatakan haram sama sekali jika bersalaman itu berlaku tanpa alasan, tanpa membezakan bersalaman tersebut diringi dengan nafsu ataupun tidak. Sekiranya perbuatan tersebut dengan beralas maka iada yang menghukumkan sebagai harus dan ada yang menghukumkan sebagai tidak harus.

ii. Pendapat sebahgian ulamak mutaakhir di Mesir, menurut mereka bersalaman itu adalah harus jika ia tidak bermaksud melayani nafsu ataupun membangkitkannya.




4. Pendalilan

Pendapat pertama
Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.a.



Bermaksud: Nabi telah mengadakan bai`ah dengan orang-orang perempuan melalui ucapan dengan ayat ini "janganlah perempuan-perempuan menyegutukan Allah dengan sesuatu dan tangan Rasulullah tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun kecuali perempuan yang dimiliki.

Pendapat ini juga disokong dengan sebuah hadis riwayat Imam Ahmad Daripada Umaimah binti Raqiqah

Bermaksud: saya telah datang kepada Rasulullah untuk berbai`ah dengan Baginda, lalu Baginda mengamanatkan kami dengan suruhan al-Quan, iaitu janganlah kami menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sehingga sampai kepada firmanNya " dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik(al-Mumtahanah:12) lalu Baginda bersabda" Pada perkara-perkara yang kamu berupaya melaksanakannya sahaja" kami menjawab " Allah dan rasulNya amat mengasihani kami daripada diri kami sendiri. Bolehlah kita bersalam. Sabda Baginda " sesungguhnya saya tidak bersalaman dengan orang-orang perempuan . Ucapan saya untuk seratus orang perempuan adalah sama dengan ucapan saya untuk seorang perempuan.

Pendapat ini disokong juga denga sebuah hadis daripada al-Tabrani, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Jika seseorang dikalangan kamu ditikam dengan jarum besi sekalipun maka itu adalah lebih baik daripada baginya daripada ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal kepadanya.


Pendapat kedua
Catatan al-Qastallani yang dipetik daripada kitab Fath al-Bari, beliau berkata "
"terdapat beberapa buah hadis lain mengenai sahabiyyat terawal, dan menurut hadis-hadis tersebut mereka telah memegang tangan Baginda ketika melakukan bai`ah dengan beralaskan sehelai kain, Hadis-hadis itu diriwayatkan oleh Ibn Salam di dalam Tafsirnya daripada al-Sha`bi.




Menurut al-Qurtubi dalam tafsirnya " Telah diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah mengadakan bai`ah dengan sekumpulan perempuan , di antara dua tangan baginda terdapat sehelai kain yang dijadikan alas,(iaitu ketika Baginda menyebut syarat-syarat bai`ah yang mereka patuhi.

5. Analisa Dalil

Melihat kepada percanggahan pendapat dan hujjah bagi kedua-dua belah pihak menyebabkan sebahagian ulama` menolak hukum haram bersalaman di antara seorang lelaki ajnabi dengan seorang wanita ajnabiyyah, mereka menegaskan:
i. Hukum haram dalam sesuatu perkara wajiblah berdasarkan kepada dalil yang qat`I, tetapi di dalam masalah yang kita bincangkan ini tidak ada satu dalil pun sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah yang secara putus menunjukkan hukum haram.

ii. Bersalaman itu jika hukumnya adalah haram dengan nas syara` yang qat`I, tentulah ulama` tidak akan berselisih pendapat tentang kesannya terhadap pembatalan wuduk. Wujudnya perselisihan pendapat di kalangan mereka menunjukkan bahawa masalah ini tidak ada dalil qat`I yang mengharamkannya, dan tidak ada seorang pun imam mazhab yang secara muktamad mengatakan haram bersalaman seorang lelaki dengan seorang wanita.

Mereka menegaskan lagi, tentang terdapat beberapa buah hadis yang menunjukkan Baginda mengadakan bai`ah dengan orang-orang perempuan melalui ucapan sahaja, tangan Baginda tidak pernah pun menyentuh tangan sesiapa antara mereka. Hadis tersebut pada pendapat mereka merupakan sunnah khas bagi Rasulullah sahaja, ia bukan merupakan hukum umum yang meliputi ke semua umatnya.


Terdapat dua hadis yang menyokong pendapat ini:
i. Menurut catatan al-Qurtubi, ketika Nabi s.a.w selesai mengadakan bai`ah bersama kaum lelaki, Baginda duduk di atas Bukit al-Safa, bersama-sama Baginda ialah Saidina Umar yang duduk lebih rendah sedikit daripada Baginda, lalu baginda menyebut beberapa perkara yang menjadi syarat kepada bai`ah dengan orang-orang perempuan , dan Umar pada masa itu bersalaman dengan mereka.

Mereka berhujah mengatakan kalaulah bersalaman itu haram ke atas kesemua kaum muslimin tentulah umar tidak bersalaman dengan perempuan-perempuan dalam peristiwa tersebut, dan tentulah Nabi akan melarang Umar daripada melakukannya.

ii. Ibn Jarir al-Tabari mencatatkan bahawa Umm `Atiyyah seorang sahabiyah yang ulung telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w semasa Baginda sampai di Madinah, Baginda telah mengumpulkan orang-orang perempuan Ansar dalam sebuah rumah, kemudian Baginda menghantarkan Umar kepada mereka, Apabila Umar sampai, Beliau berdiri di hadapan pintu rumah itu sambil memberi salam kepada mereka, lalu mereka menjawab salamnya. Sesudah itu Umar berkata, " saya adalah utusan Rasulullah kepada kamu." Mereka menjawab, " selamat datang utusan Rasulullah, Umar berkata: "(setujukah) kamu mengadakan bai`ah dengan tidak menyegutukan allah, tidak membazir dan tidak melakukan perbuatan zina?" Mereka menjawab: "ya!". Lalu Umar menghulurkan tangannya daripada luar rumah dan mereka mereka pula menghulurkan tangan masing-masing dari dalam rumah. Kemudian beliau berkata: "ya Allah saksikanlah.

Peristiwa bai`ah ini menggambarkan bahawa Umar menghulurkan tangannya daripada luar rumah dan mereka (perempuan) menghulurkan tangan meeka dari dalam rumah untuk bersalaman bagi mengukuhkan bai`ah yang sedang berlangsung.



6. Kesimpulan

Daripada pembentangan dua buah hadis di atas ternyata bahawa tidak terdapat sunnah Qauliyyah(ucapan Baginda) yang mengharamkan perbuatan bersalaman di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki ajnabi. Maka dengan itu pendapat yang mengatakan haram adalah satu pendapat yang tidak kuat dalil-dalilnya dan tidak boleh dijadikan sebagai pegangan.

Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa bersalaman itu biarpun tidak mempunyai nas yang qat`I yang mengharamkannya, tetapi amatlah wajar ia tidak diamalkan melainkan dalam sesuatu munasabah yang tidak dapat dielakkan dan yang ada kepentingan bagi diri kita di samping mengelak perkara-perkara yang boleh membawa fitnah.


7. Rujukan

Muhammad Atiyyah Khamis, Fiqh al-Nisa`, Qaherah: Dar-Ansar, edisi II, 1979.
Abu Tayyib Muhammad Sham al-Haq al-Asim Abadi, `Aun al-Ma`bud, al-Madinah: al-Maktabah al-Salafiyah, edisi II 1969.
Al-Sharabasi, Yasalunak, Beirut: Dar al-Jail, 1977.
Nota-nota Universiti Malaya.

AKAL DAN NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.





Sunday, February 13, 2011

7 KALIMAH SAKTI


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebesar lautan:-

1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.

2) Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai
melakukan sesuatu.

3) Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip
perkataan yang tidak patut

4) Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu dihari esok.

5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika
menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6) Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika
menghadapi dan menerima musibah.

7) Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya. 
dari tafsir hanafi:-

mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Friday, February 11, 2011

ABAD KE-21 BERSEDIAKAH MAHASISWA ?

Mahasiswa sebenarnya adalah golongan terpilih untuk memenuhi dunia IPT bagi mendalami bidang keilmuan secara formal. Secara automatik golongan inilah disandarkan harapan oleh masyarakat
untuk memimpin dan membimbing mereka. Sedar atau tidak, setiap mahasiswa wajib memikul amanah  ini, sekurang-kurangnya dengan menjadikan kampus sebagai tempat persediaan ke arah mempersiapkan diri untuk terjun dalam masyarakat setamatnya pengajian di IPT.

Mahasiswa seharusnya menggunakan peluang yang terhidang untuk mempersiapkan diri sepenuhnya 
untuk menjadi seorang yang berguna yang mana dapat kita berikan untuk manfaat masyarakat.
Rasulullah s.a.w ada bersabda : "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum
tua, masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin dan masa lapang
sebelum sibuk".
 
Sesungguhnya usia mahasiswa di IPT adalah masa dan tempat yang terbaik untuk menjana minda, 
merevolusikan dan mencetuskan wadah pemikiran, melatih kepimpinan, mencerna pengalaman dan 
banyak lagi terutamanya untuk menyahut seruan alaf baru yang pastinyamenjanjikan suatu corak 
kehidupan yang sukar diramalkan. Tahukah anda wahai mahasiswa, bahawasanya anda semua adalah 
bakal pemimpin pada masa hadapan. Janganlah hendaknya apabila sudah berada dalam lapangan 
masyarakat, barulah insaf dan sedar akan kesilapan tidak menggunakan opportuniti yang melambak di 
IPT
 
Marilah kita kembali memuhasabahkan diri akan matlamat kita berada dalam golongan yang dilabelkan 
sebagai mahasiswa ini. Apa sekalipun matlamat utama yang perlu ada dan disedari oleh kita ialah untuk
mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Ini haruslah menjadi sandaran utama bagi kita untuk terus 
menerokai alam kemahasiswaan seterusnya. Sesungguhnya hubungan kita dengan pencipta _Allah 
adalah paksi utama dalam persediaan membina kekuatan buat menempuh cabaran seterusnya.
IPT bukanlah tempat untuk menimba ilmu secara formal semata-mata, sebagai contoh pelajar  BBA, BIT 
atau BIS  hanya mempelajari bidang berkaitan dengan kursusnya sahaja. Benarlah itu matlamat kita, 
mendapatkan sekeping diploma atau ijazah.
 
Namun amatlah rugi seandanya apabila tamatnya pengajian, hanya sekeping pengiktirafan yang dicapai 
sedangkan masih terlalu luas peluang di IPT yang tidak diterokai sebagai persediaan untuk berdepan 
dengan masyarakat, memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sebagai pelapis kepada pemimpin masyarakat, maahsiswa perlu menghayati budaya membaca. 
Didapati majoriti mahasiswa sememangnya menghayati budaya membaca tetapi malangnya mereka 
membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, makalah hiburan, novel picisan dan
sebagainya yang tidak mempunyai nilai ilmiah bahkan adakalanya merosakkan pemikiran. 
Sememangnya mahasiswa mambaca bahan akademik, contohnya bacaan berkaitan kursus yang 
dipelajarinya. Tetapi biasanya ianya adalah pembacaan yang sekadar untuk menyiapkan tugasan atau 
kerja-kerja akademik atau lebih tepat lagi untuk lulus peperiksaan. Amat kurang sekali mereka yang 
membaca bahan akademik yang tiada dalam silibus pelajaran, apatah lagi yang tiada kaitan dengan 
kursus yang diikutinya.
 
Tidak dinafikan bahawa kekuatan ilmiah yang menjana kekuatan mahasiswa untuk lebih bertenaga 
dalam perjuangannya. Tanpa ilmu, agak sukar bagi kita untuk mendekati dan menyelami permasalahan, 
apatah lagi untuk menyelesaikannya. Ilmu adalah bekalan utama untuk mahasiswa menjadi agen kepada
masyarakat. Ringkasnya ilmu adalah wasilah untuk berdampingan dengan sosial. Dengan ilmulah 
seseorang itu dapat membezakan antara kebenaran dan kesesata. Dan adalah menjadi tanggungjawab 
mahasiswa untuk menegakkan kebenaran dan membanteras kesesatan.
 
Masalah sosial yang melanda muda-mudi hari ini adalah suatu situasi yang seharusnya tidak dijebaki 
oleh mahasiswa. Mahasiswa seharusnya berganding fikiran dan tenaga bersama masyarakat untuk 
meredakan kebobrokan sosial ini seterusnya mengislahkannya ke arah melahirkan sosial yang 
berakhlak. Dan adalah mata malang sama sekali andai tiada beza antara mahasiswa dan "sampah" 
sosial.
 
Yang dimaksudkan IPT sebagai tempat untuk menjana minda dan merevolusikan pemikiran ialah 
mahasiswa menjadikan IPT sebagai medan untuk mencari dan mempelajari sesuatu yang mana dapat 
mengusulkan suatu anjakan paradigma. Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan input-input yang 
positif dan berpaksikan kebenaran. Dengan pemikiran yang berasaskan kebenaran, Insya Allah akan 
melahirkan peribadi serta identiti yang sukar diganggu-gugat. Andainya mahasiswa tidak dapat membina
suatu pendirian dan imej yang mapan, maka mudahlah mereka dikalahkan musuh seterusnya 
menimbulkan ketidakyakinan masyarakat terhadapnya sekaligus tidak melayakkannya untuk memimpin
Ringkasnya kehidupan mahasiswa bolehlah diibaratkan bermula di IPT, sekaligus menyangkal slogan 
yang biasa kita dengar "Life begin at fourty". Jadi bolehlah kita ubah slogan itu kepada "Life begin at IPT"
Moga-moga ini dapat menambahkan semangat mahasiswa untuk bersedia memulakan perjuangan 
hidupnya. Insya Allah.