Sunday, December 18, 2011

7 Cara Menjadi Lebih Produktif Pada Tahun Hadapan

Di akhir tahun seperti ini tentu anda mula menenangkan pemikiran anda dengan mengingati kembali tugas serta pencapaian anda sepanjang tahun ini. Namun jika anda berfikir secara mendalam, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tangguhkan berbanding apa yang kita capai.
Kita terpaksa akui, kadang-kala kita lalai dari fokus utama kita. Malah kita suka untuk lalai. Kita lebih suka lepak berbanding menyiapkan kertas kerja, lebih minat berehat di rumah berbanding ke pejabat, lebih suka berjumpa kawan berbanding pelanggan. Ada pula yang menghabiskan berjam-jam di inbox menunggu email seperti menunggu posman atau menghabiskan masa membaca status facebook rakan-rakan.
Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif:
1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil
Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.
2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)
Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.
3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan
Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.
4. Memeriksa dan membalas email
Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.
5. Gunakan telefon
Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.
6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.
Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.
7. Bekerja dalam fasa 1-1.5 jam
Jika anda bekerja, pastikan anda mengambil rehat 10 minit setiap sejam atau sejam setengah. Otak memerlukan rehat sedikit. Anda tentu pernah mengalami pengalaman berada dalam bilik mesyuarat lebih dari 1.5 jam. Anda akan merasa sangat letih. Anda akan menjadi tidak produktif jika tidak mempunyai rehat. Jadi pastikan anda mempunyai 10 minit untuk pergi berjalan-jalan, minum kopi atau melihat pemandangan. Dengan adanya rehat ini, otak anda akan kembali bersedia untuk bekerja lebih keras.

Saturday, December 10, 2011

Bank Dunia VS Bank Akhirat

Kehidupan zaman moden pada hari ini memerlukan banyak pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan dari segi harta, pangkat ataupun masa. Hatta, ada yang melakukan pengorbanan yang tidak patut dilakukan, demi menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.
Dunia hari ini juga memerlukan seseorang terus berlabur dalam setiap masa. Wang menjadi taruhan. Kita lihat situasi ini.
Situasi A
Insan I  : Eh bro, takkan makan maggi je kot.
Insan II : Bro, aku nak berjimat kot. Tambah duit dalam bank. Nanti aku gak yang senang. huhu
Insan I  : Kalau ye pun nak jimat, jagalah permakanan bro.
Insan II : Ye laa..
Situasi ini sepertinya agak familiar dalam kalangan kita. Maka,kita mengetahui bahawa,manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kesenangan. Wang dan harta selalu menjadi subjek utama dalam kehidupan. Memang tak dinafikan.
Duit..Duit
Ungkapan 'No money no business' menjadi pegangan setiap orang yang mempunyai 'fikrah' "duit adalah segalanya". Namun,duit bukanlah segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit.Maaf,pembetulan.Sesetengah perkara memerlukan duit. Kenapa sesetengah? Kenapa bukan segalanya memerlukan duit?Ya,benar sekali.Tidak semestinya untuk hidup bahagia, kita perlukan duit. Tidak semestinya, nak berubah ke arah kebaikan memerlukan duit. Tidak semestinya, nak buat kebaikan memerlukan duit melainkan sedekah dan sebagainya. Dan untuk masuk ke SYURGA, tidak bawa pun duit.
Selalu juga kita dengar quote 'No money no business'. Sekarang, kita tukar. 'No amal soleh, no barakah'.Atau bagaimana?Membuat amal soleh, amal kebaikan merupakan pelaburan kita yang utama dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Pengabdian diri kepada Allah adalah penting. 
Firman Allah yang bermaksud:-
" Aku tidak menjadikan manusia dan jin melainkan hanyalah untuk beribadah kepada-Ku "- surah Az-Zariyat (Ayat 56)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:-
"...Sungguh, orang yang mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa." - surah Al-Hujurat (Ayat 13)
Jadi, untuk menjadi orang yang bertaqwa, kita mestilah mengikut segala perintah Allah, tinggalkan larangan Allah. Penuhkan Bank Akhirat dengan amal-amal soleh dan segala jenis kebaikan. Kita tidaklah memerlukan wang untuk membuat amal kebaikan. Modalnya hanyalah diri kita sendiri dan pengorbanan masa yang kita ada hanyalah untuk Allah.

Kembali ke jalan yang benar.

Situasi B
Insan I : Bro, kebelakangan ni kan, aku tengok kau dah banyak berubah lah. Semakin alim-alim camtu. Tambah lagi, kau banyak terlibat dengan aktiviti agama, ajak orang sana sini. Apa rahsianya?
Insan II : Bro, aku berubah kerana Allah. Bila aku tengok balik 'buku akaun' amal aku kan, tak banyak sangat 'duit' aku untuk pelaburan akhirat. Kita ni tak tahu bila mati. Jadi, muda-muda camni lah nak kumpul 'duit' untuk akhirat. Jom ikut aku. Tak payah takut. Duit dalam Bank Dunia kau tu tak terjejas pun, tapi kan, duit dalam Bank Akhirat kau tu akan bertambah. InsyaAllah. (sambil tersenyum)
Insan I : *Insaf*
Jadi, kita bila lagi? Bank Akhirat menanti untuk diisi sebaik-baiknya.