Thursday, March 1, 2012

Bismillahirahmanirahim...

UJUB, RIAK DAN TAKABBUR DI FACEBOOK

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

Elakkan diri daripadanya, Lindungi diri dari kemurkaan Allah.. Nampak simple, tapi ibadah jadi debu gitu je..... Na'udzubillahi Min Zalik...

(sumber : - Bumi Akhir Usia - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=326702950698601&set=a.101329946569237.2935.100000766953356&type=1&ref=nf  )

Thursday, February 2, 2012

azan dan 3 tandannya....

Assalamualaikum wbt.
 
  Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa
  lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya
  masa
  dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.
  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata
  apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan
  kesakitan 'sakaratul maut'.
 
  Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
  "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
  kelukan
  lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita
  disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
  berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
 
  Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
  tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
  dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
  izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
  sama-sama
  menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
  semasa
  nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami
  dengan
  kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..
  amin..
  amin Yarobbal a'lamin..
 
  " WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
  Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
  1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
  2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
  3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
 
  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
  1) Jujur dalam berkata-kata.
  2) Menjauhi segala yg haram.
  3) Merendahkan diri.
 
  Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
  1) Merahsiakan ibadahnya.
  2) Merahsiakan sedekahnya.
  3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
 
  Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
  1) Takut berlaku dusta dan keji.
  2) Menjauhi kejahatan.
  3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
 
  Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
  1) Mengawasi dirinya.
  2) Menghisab dirinya.
  3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
 
  Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
  masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
  terasa
  terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
  pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak
  ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
  
  Fikir-fikirkanlah....