Salam perjuangan.
Pejam celik pejam celik, sem 2 10/11 sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Bermakna, musim peperiksaan sudah pun tiba. Seperti baru semalam kita menjejakkan kaki di bumi UIA ini. Ya Allah, sungguh pantas masa berlalu. Apalah jua yang telah kita lakukan sepanjang waktu itu. Allahu Allah. Adakah masa-masa yang berlalu digunakan sebaiknya ataupun sebaliknya?
Sahabat-sahabat,
Semakin hampir dengan peperiksaan, seharusnya diri kita juga harus semakin hampir denganNya. Bukanlah semakin jauh dariNya lantaran terlalu sibuk dengan buku-buku pelajaran.
Sekuat mana pun kita belajar, jika masih lagi mengabaikan solat. Yakinkah tetap berhasil?
Sekuat mana pun kita belajar, jika niat kita bukan keranaNya. Yakinkah Allah kan membantu kelak?
Sekuat mana pun kita belajar, jika tiada keberkatanNya. Apalah sangat nilai yang wujud di situ.
Usah anggap dengan usahamu itu, kau akan berjaya! Kerana semua itu terletak pada Allah yang menentukan segalanya.
Adakah semakin menghampiri exam, maka semakin kurang pula kita mengaji dan beribadah kepadaNya seperti hari-hari biasa? Allahu Allah.. Jika itu yang berlaku, maka di manakah keberkatan masa kita?
Seharusnya, kadar kebergantungan kepada Allah itulah yang harus dijadikan kayu pengukur kejayaan. Sudah tentunya, tawakal itu disertai dengan usaha yang tidak pernah putus. Semoga Allah mengira segala usahamu itu dan diberikan ganjaran. InsyaAllah. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih...
Akhirnya, semoga sahabat-sahabat memperoleh keputusan yang cemerlang dan segala usaha diberkatiNya. Jadilah insan cemerlang pada pandanganNya bukan pada pandangan manusia.
Yakin dengan Allah bukanlah bermakna yakin Dia akan memberikan kita keputusan yang cemerlang. Tetapi yakin dengan Nya bermaksud redha dengan segala ketentuan yang ditetapkanNya. Apa pun hasilnya kelak, itulah yang terbaik Allah telah tetapkan untuk kita.
Jaga hati + diri + amalan + kesihatan. May Allah bless all of us..
Bittaufiq wannajah fil imtihan fi dunia wal akhirah.
Wallahu’alam.
Our Intelligence is directly proportional to our Faith